Constitution
(In MALAY)
PERLEMBAGAAN
<Perkara 1>
- FASAL 1: NAMA:Persatuan Gubahan Bunga
<Perkara 2>
- FASAL 1: ALAMAT: 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.
<Perkara 3>
- FASAL 1: LAMBANG/LOGO/MOTTO:
- LAMBANG:
- LOGO:
- MOTTO:
<Perkara 4>
FASAL 1: TUJUAN/OBJEKTIF: Mencungkil minat menggubah bunga di kalangan para pelajar dan meningkatkan kreativiti para pelajar.
<Perkara 5>
- FASAL 1: KEAHLIAN:
- Terbuka kepada semua pelajar di sekolah.
- Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.
- Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam sesuatu keputusan.
- Menghadirkan diri dalam semua aktiviti persatuan. Ahli-ahli yang tidak hadir ke sebarang aktiviti persatuan selama 3 kali berutrut-turut tanpa alasan munasabah akan digugurkan keahliannya.
- Jika ahli menarik diri daripada menjadi ahli, wang yurannya tidak akan dipulangkan.
<Perkara 6>
- FASAL 1: PENTADBIRAN:
- Penaung (Pengetua/Guru Besar)
- Penyelaras (PK HEM/PK Kokurikulum)
- Penasihat (Guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar)
- Ahli Jawatankuasa:
- Pemilihan Ahli Jawatankuasa mestilah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
- Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada -Pengerusi -Naib Pengerusi -Setiausaha – Penolong Setiausaha -Bendahari -Ahli Jawatankuasa -Wakil Tingkatan
- Tugas Dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa:
- Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa serta mengawasi perjalanan persatuan.
- Naib pengerusi akan membantu pengerusi dalam hal persatuan dan mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
- Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan minit mesyuarat serta merekodkan semua aktiviti.
- Penolong setiausaha menolong setiusaha menjalankan kerja-kerja dan menangku jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha.
- Bendahari akan memungut segala bayaran ahli, menyimpan akaun persatuan serta menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.
<Perkara 7>
- FASAL 1: KEWANGAN:
- Yuran Pendaftaran: RM1
- Yuran Ahli: RM15 bagi setiap aktiviti
- Objektif Tabungan:
- Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk sktiviti persatuan sahaja.
- Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada mana-mana pihak.
- Kuasa meluluskan kewangan: Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan Jawatankuasa Pusat.
- Kaedah penyimpanan wang: *Wang persatuan yang melebihi RM100 harus disimpan di dalam bank/guru penasihat (pihak sekolah/Koperasi sekolah)
<Perkara 8>
- FASAL 1: PERATURAN
- Peraturan Mesyuarat: Mesyuarat Agung Tahunan diakan pada satu tarikh yang sesuai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat dengan persetujuan Guru Penasihat. Mesyuarat Agung Tahunan diadakan untuk:
- Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
- Menerima dan mengesahkan laporan kewangan.
- Meminda perlembagaan apabila diperlukan.
- Membubarkan Jawatankuasa lama.
- Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru.
- Mesyuarat Tahunan/Ahli-ahli Jawatankuasa hanya sah jika 2/3 dari ahli-ahli hadir.
- Notis Mesyuarat Agung Tahunan/Ahli Jawatankuasa mesti dikeluarkan seminggu sebelum tarikh mesyuarat akan diadakan.
- Mesyuarat Agung Tahunan/Ahli Jawatankuasa/Perjumpaan mestu dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.
- Perjumpaan akan diadakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh sekolah.
- Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan licin dan sempurna.
- FASAL 2: PENYERTAAN DAN AKTIVITI LUAR:
- Semua aktiviti luar mesti melalui dan dilulusakan oleh pihak sekolah dan mendapat kebenaran ibu-bapa.